rasanya packing utk raya paling susah. sebab nyaa —- time raya nak pakai semua yang cun-cun, so kenalah bawak balik segala make up , rantai kaki rantai leher rantai tangan, cincin segala jenis, tudung pelbagai kaler…sebab yang ni nak matching ngan baju ni…yg tu nak match ngan baju tuu…..
pastu nak kena bawak balik baju untuk ’sehe’ bak kata ore kelate which means, baju basahan. kena bawak banyak gak, sebab nanti ada banyyaaakk sangat laundry so entah bila boleh kering, so kena ada back up. kalau takde back up alamat ada orang go-komando lah :p
ingat lagi dulu masa kat umah nenek takde washing machine, kena basuh tangan beb! mmg tiap-tiap pagi, berkemban tepi perigi, basuh dlm 3 besen besar, setiap hari selama seminggu. perrhhh memang tercabut tangan aku. yang pasti memang kulit tangan kecut, sbb main air lama sangat.
tapi macam bes jugak aa, sebab rasa macam dalam citer P Ramlee, scene “basuh baju beramai-ramai tepi sungai , pastu tetiba sorang start menyanyi, diikuti nyanyian beramai-ramai masa korus”
hahhaha~~ tapi dalam realiti, takde scene nyanyi, cuma adegan campak-campak baju dan percikan air, pastu adegan bergaduh sebab masing2 malas nak sidai kain.
tapi air kat umah mok (panggilan manja utk nenek bagi ore kelate), sangat mujarab untuk melembutkan kulit. mandi takyah sabun, tapi kulit menjadi lembut dan gebu serta merta. hmmm, nampak sangat air paip kat KL Selangor ni banyak klorin!
banyak benda dah berubah kat kampung……nanka natsukashii~~~ rindu pulak suasana kampung macam 10tahun lepas masa aku kecik-kecik….

Jeram Linang, dah 10tahun tak pegi....tiap2 tahun ada cerita orang mati kat sini ..wallahualam..