apabila anak kita lahir, mereka mempunyai ibu dan bapa sebagai penjaga. Ibu bapa menjaga dengan penuh kasih sayang, memberi makanan, pakaian, perlindungan dan pendidikan. anak anda akan rasa sangat terjamin mempunyai anda sebagai penjaga mereka.
tapi adakah anda pernah terpikir, siapakah penjaga diri anda? atau lebih tepat, adakah anda mempunyai penjaga??
kenapa perlu penjaga?
1- jika katakan anda meninggal sebulan lepas, adakah bulan ini, isteri/suami & anak-anak anda, mempunyai tabungan cukup untuk membayar ansuran kereta, membeli makanan, perbelanjaan rumahtangga dan perbelanjaan harian & hutang-hutang.
2- Adakah cukup wang simpanan yg anda tinggalkan, sekurang2nya untuk setahun perbelanjaan?
3- Adakah hutang-hutang yang perlu dibayar itu sudah dibayar? Walaupon kita sudah tiada bukan bermakna hutang pon langsai begitu sahaja…
Sebenarnya, anda cuma perlu menabung 5-10% dari gaji anda, untuk mendapatkan penjaga yang setia, yang akan menjaga keluarga anda apabila anda tiada kelak.
Jika anda sayangkan keluarga, fikir-fikirkan lah tindakan yang patut anda ambil segera.

